Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Edwin Tong, Rahayu sertai jawatankuasa Parlimen bagi teliti aduan terhadap Raeesah

Nov 4, 2021 | 5:30 AM
00277a59-79a4-4caf-9d59-88ed511c2081
-

MENTERI Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, serta Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, akan menyertai jawatankuasa Parlimen yang akan meneliti aduan terhadap Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, yang telah mengaku berbohong di Parlimen.

Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, berkata semalam bahawa beliau telah mencalonkan dua pemegang jawatan itu kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk menggantikan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.

Kedua-dua menteri itu meminta mengundur diri daripada jawatankuasa tersebut kerana Cik Indranee, yang juga Ketua Dewan, telah mengemukakan aduan itu sementara kementerian Encik Shanmugam bertanggungjawab bagi polis.

Sebelum ini, Cik Raeesah telah mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya telah disalah urus oleh polis.

Semasa perbahasan mengenai usaha memperkasa wanita pada 3 Ogos lalu, AP GRC Sengkang itu berkata beliau telah menemani seorang mangsa rogol berusia 25 tahun ke balai polis untuk membuat laporan tiga tahun lalu dan mendakwa bahawa pegawai polis yang mengendalikan kes itu telah membuat komen yang tidak wajar tentang pakaian mangsa dan tentang mangsa yag dikatakan minum alkohol.

Di Parlimen Oktober lalu, Encik Shanmugam juga telah meminta Cik Raeesah bagi butiran lanjut tentang kejadian itu, namun beliau berkata beliau tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat lanjut kerana ingin melindungi privasi mangsa.

Isnin lalu, Cik Raeesah mengakui bahawa beliau telah berbohong dan sebaliknya, beliau mendengar cerita itu daripada satu kumpulan sokongan bagi wanita.

Jawatankuasa Hak Istimewa itu merangkumi lapan anggota dan dipengerusikan oleh Speaker Parlimen.

Selain Encik Tong dan Cik Rahayu yang akan menyertai jawatankuasa tersebut bagi hal ini, anggota lain termasuk Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang); dan Encik Dennis Tan (Hougang).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg