Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ejen hartanah berbilang kaum bantu golongan susah sempena Ramadan

May 7, 2021 | 5:30 AM
BERSATU HULUR BANTUAN: Cik Roza (tengah) bersama rakan-rakan ejen hartanah beliau bersiap untuk mengagihkan habuan kepada penerima. - Foto ORANGETEE AAG DIVISION
BERSATU HULUR BANTUAN: Cik Roza (tengah) bersama rakan-rakan ejen hartanah beliau bersiap untuk mengagihkan habuan kepada penerima. - Foto ORANGETEE AAG DIVISION -

SERAMAI 50 ejen hartanah berbilang bangsa berganding bahu mengumpul dana bagi membantu golongan kurang mampu sempena Ramadan ini.

Sebanyak $10,600 dikumpulkan hasil usaha ejen hartanah daripada Divisyen AAG firma Orangetee dan Tie Pte Ltd di bawah inisiatif kebjikan AAG Care Ramadan 2021 itu.

Dana itu akan digunakan untuk memberi pek habuan kepada 100 penerima serata Singapura dengan kerjasama badan tidak mencari untung Back2Basics.

Pek habuan bernilai sekitar $50 itu berisi makanan asas seperti biskut, air, susu, makanan dalam tin dan lain-lain.

Ia tidak termasuk barang tambahan sumbangan beberapa penderma.

Baki dana itu akan didermakan kepada Back2Basics untuk pengagihan bulanan mereka kepada penerima lain.

Pengarah Kumpulan Bersekutu Dayangku Rozarita Jais, yang lebih dikenali sebgai ejen hartanah Roza Sure Bagus, berkata:

"Kami tidak menetapkan penerima sumbangan harus berbangsa Melayu-Islam, malah 30 peratus penerima adalah orang Cina dan India bukan beragama Islam.

"Ini bertujuan merai keharmonian kaum di Singapura."

AAG Ramadan Care bermula pada 2019 tetapi tidak dijalankan Ramadan lalu disebabkan sekatan Covid-19.

"Walaupun dalam suasana pandemik Covid-19, kami tetap mengingati mereka yang kurang bernasib baik dan kami ingin menolong sedaya upaya kami.

"Kami harap dapat melakukan lebih banyak inisiatif amal sebegini sempena perayaan lain dan bukan pada Ramadan sahaja. Ini dalam perancangan kami.

"Kami juga ingin memupuk amalan membantu dalam kalangan ejen hartanah kami. Pada masa sama, kami menerima maklum balas daripada ejen kami bahawa mereka juga ingin memberi lebih banyak bantuan kepada yang memerlukan," kata Cik Roza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg