Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ejen hartanah pilih podcast agar dapat pendedahan meluas

Jun 14, 2024 | 5:30 AM
ejen hartanah
Encik Faizal Rahim (kanan) dan Encik Irwan Jumat daripada Wan&Zal, mengutamakan ketenangan dan profesionalisme yang tinggi untuk pelanggan mereka dalam urusan jual beli hartanah. - Foto ihsan WAN&ZAL

Penjenamaan melalui podcast memberi hasil yang lebih berkesan.

Begitulah pendapat ejen hartanah mapan, Encik Faizal Rahim dan Encik Irwan Jumat, atau lebih dikenali sebagai Wan&Zal, kedua-duanya merupakan Pengarah Divisyen di Singapore Realtors Inc (SRI).

Wan&Zal merupakan perkongsian penjenamaan yang telah ditubuhkan pada Januari 2022.

“Kami menggunakan cara pemasaran yang berbeza bagi meletakkan penjenamaan kami (agar) ia menonjol dalam masyarakat Melayu, iaitu dalam menyertai program podcast yang disediakan. Bukan dengan cara pemasaran konservatif seperti risalah, iklan bas, iklan media sosial, radio dan lain-lain,” kongsi Encik Faizal memulakan bicara.

Podcast merupakan penyiaran audio atau video digital yang berepisod melalui alam maya.

Encik Irwan pula berpendapat, “Podcast ialah satu lagi cara mengiklankan penjenamaan kami selain radio. Tidak ramai anak muda mendengar radio lagi terutamanya yang berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 45 tahun. Ini adalah kumpulan umur yang kami rasa sangat penting bagi perniagaan kami.”

Menurut mereka, antara kelebihan podcast adalah apabila penaja mengiklankan maklumat tentang produk dalam podcast, pendengar yang terlepas mendengarnya boleh kembali dan mendengar lagi pada masa lain kerana segmen itu akan kekal dalam episod tersebut.

Bagi radio pula, hanya mereka yang mendengar pada masa yang telah ditaja itu boleh mendengar maklumat tentang produk tertentu. Dengan cara ini, penaja mungkin terlepas untuk menarik pelanggan berpotensi yang lain.

Encik Irwan menambah, “Penajaan atau pengiklanan dalam podcast telah membawa lebih banyak pendedahan kepada kami kerana pendengar lebih selesa untuk mendapatkan khidmat kami apabila mereka telah mendengar tentang produk kami dan testimoni daripada pelanggan setiap minggu.”

Namun begitu, mereka berkongsi bahawa tidak mudah juga mencari podcast yang sesuai untuk ditaja. Mereka perlu membuat kajian dan penyelidikan tentang mutu podcast itu.

Encik Faizal dan Encik Irwan tidak mempunyai podcast sendiri tetapi telah bekerjasama dengan salah satu podcast popular di Singapura iaitu The Common Folks sejak Mac 2022.

Wan&Zal merupakan ejen hartanah yang lebih memberi tumpuan kepada jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan privet.

Mereka telah menerima banyak anugerah dan ini memberi lebih keyakinan kepada pelanggan menggunakan khidmat mereka.

Menurut Encik Faizal, mereka mengutamakan ketenangan dan profesionalisme dan akan memastikan pelanggan tidak akan menghadapi sebarang kegenjotan dan masalah lain dalam isu jual beli hartanah.

Banyak testimoni positif boleh dilihat di media sosial mereka.

Kedua-duanya turut menubuhkan divisyen untuk merekrut ejen hartanah baru atau yang berpengalaman agar menyertai mereka dan mempelajari cara menjadi antara ejen hartanah popular dalam kalangan masyarakat Islam di sini.

Ikuti @wanandzal di Instagram dan TikTok atau hubungi mereka melalui WhatsApp di talian 9196-0066.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg