Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ejen pelancongan terima banyak pertanyaan tentang wisata ke M'sia

Nov 12, 2021 | 5:30 AM
TUNGGU WAKTU: Cik Hanim dari Sha Travel ingin menunggu pembukaan Koswe dan Link Kedua sebelum menyediakan pakej wisata ke Malaysia.
TUNGGU WAKTU: Cik Hanim dari Sha Travel ingin menunggu pembukaan Koswe dan Link Kedua sebelum menyediakan pakej wisata ke Malaysia. -

SEJURUS selepas pengumuman pembukaan semula udara antara Singapura dengan Malaysia Selasa lalu, pemilik Sha Travel & Tour, Cik Hanim Hashim, menerima banyak panggilan dan mesej WhatsApp daripada para pelanggan yang ghairah mahu melancong semula.

Meskipun ia dibuka untuk perjalanan udara sahaja, ramai pelanggan yang menanyakan mengenai pembukaan sempadan darat antara dua negara yang berjiran itu.

"Kami lebih selesa menunggu pembukaan Koswe dan Link Kedua sebelum kami dapat membawa pelanggan melancong ke sana. Lagipun, kami masih menunggu lebih banyak maklumat mengenai pesawat antara Singapura dengan Malaysia,'' kata Cik Hanim.

Rata-rata ejen-ejen pelancongan yang dihubungi juga memberikan reaksi yang sama mengenai bertambahnya pertanyaan daripada pelanggan yang ingin melancong ke Malaysia.

Seperti Sha Travel, Pengarah Urusan Hamidah Travel & Tours, Encik Badruzzaman Abdul Majid dan pemilik TM Fouzy Travel & Tours, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, mereka juga menunggu perkembangan apabila perjalanan darat dibuka semula.

Individu yang divaksin sepenuhnya boleh berulang-alik antara Singapura dengan Malaysia melalui udara tanpa kuarantin mulai 29 November.

Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) akan dilancarkan dengan Malaysia bagi perjalanan antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengunjung di bawah VTL tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). Sebaliknya, mereka akan mengambil ujian swab Covid-19 sebelum keberangkatan dan sesudah tiba di Singapura.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata perbincangan bagi membuka semula perjalanan darat antara Singapura dan Malaysia boleh dijangkakan tidak lama lagi.

"Kami menantikan pelancaran skim VTL serupa antara Singapura dengan Johor dalam masa terdekat," kata Encik Lee, dalam satu kiriman pos di media sosial selepas beliau dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan mengenai VTL udara antara Singapura dengan Malaysia dalam satu kenyataan bersama awal minggu ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg