Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ekon S'pura kini stabil meski ketidaktentuan Omicron: PM Lee

Feb 1, 2022 | 5:30 AM
HARGAI PEKERJA: Encik Lee (tiga dari kiri), menemui pekerja penghantaran seperti Encik Suhaimi Suboh (kanan) di Jurong Point semalam untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan menghargai kerja keras mereka. Turut bersama Presiden NTUC, Cik Mary Liew, (dua dari kiri) dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng (di kiri Encik Lee). - Foto BH oleh JASON QUAH
HARGAI PEKERJA: Encik Lee (tiga dari kiri), menemui pekerja penghantaran seperti Encik Suhaimi Suboh (kanan) di Jurong Point semalam untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan menghargai kerja keras mereka. Turut bersama Presiden NTUC, Cik Mary Liew, (dua dari kiri) dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng (di kiri Encik Lee). - Foto BH oleh JASON QUAH -

EKONOMI Singapura kini berada dalam keadaan stabil secara keseluruhannya, meskipun masih ada ketidaktentuan daripada Omicron, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.

Memberi pandangannya mengenai pertumbuhan ekonomi sedang negara ini memasuki Tahun Baru Cina, Encik Lee berkata beliau optimistik secara berhati-hati untuk tahun ini.

"Saya tahu masih ada sektor yang menghadapi kesukaran, sudah tentunya F&B (makanan dan minuman) dan juga sektor pelancongan dan hiburan.

"Tetapi secara keseluruhannya, saya akan katakan ekonomi berada dalam keadaan stabil. Kami meramalkan pertumbuhan 3 hingga 5 peratus tahun ini, jadi ia bermakna kami mungkin dalam keadaan baik," ujar Encik Lee.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam kunjungannya ke Jurong Point semalam untuk menemui dan menghargai pekerja di pusat beli-belah itu, serta pekerja platform, termasuk pekerja penghantaran dan pemandu teksi.

Menurut Encik Lee, ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah masih berkembang, walaupun Omicron masih kekal satu ketidaktentuan.

"Tetapi nampaknya di negara maju, (jangkitan Omicron) naik dengan cepat, dan merosot dengan cepat.

"Harap-harap ini bermakna ekonomi boleh terus berjalan tanpa banyak gangguan," kata Encik Lee.

Satu lagi perkara yang menjadi ketidaktentuan ialah ekonomi di China, yang masih melaksanakan dasar 'sifar Covid-19', termasuk langkah sekatan untuk mengurangkan seberapa mungkin jangkitan koronavirus.

"Saya boleh faham sebabnya. Ia memerlukan usaha yang besar untuk mengekalkan (dasar ini). Dan ini mungkin menjejas ekonomi lebih daripada yang dijangka, dan dalam kes ini boleh menjejas kita juga - jadi kita perlu perhatikan perkara ini," ujar Encik Lee.

Di rantau ini pula, negara-negara jiran Singapura juga berada dalam keadaan baik, dengan Singapura juga secara progresif membuka sempadan dengan negara jiran, dan berharap untuk menyambung semula perniagaan serta pelancongan, tambah Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg