Ekonomi berteras inovasi, tidak elak risiko, bantu S'pura hadapi cabaran
Premium
Ekonomi berteras inovasi, tidak elak risiko, bantu S'pura hadapi cabaran
Jun 1, 2016 | 5:30 AM
ENCIK S ISWARAN: Terdapat keperluan mewujudkan masyarakat yang mempunyai toleransi lebih besar terhadap risiko dan penerimaan kegagalan. -
SEBUAH ekonomi diterajui inovasi, berasaskan masyarakat yang tidak mengelak risiko, akan membantu Singapura mengemudi cabaran baru dengan berkesan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik S Iswaran.
Menyampaikan ucaptama di Forum Pemimpin The Business Times 2016 kepada 300 pemimpin perniagaan semalam, Encik Iswaran menggariskan perlunya pihak berkepentingan sektor swasta dan awam di sini berganding bahu sedang Singapura berusaha mengubah ekonominya.

