Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ekonomi Singapura mungkin kecut lebih 4 peratus tahun ini

Apr 28, 2020 | 3:17 PM
77a39e54-57b6-49fe-bb16-5ce77718521c
- Foto ONG WEE JIN

RISIKO yang banyak bagi mencapai pemulihan ekonomi yang kukuh boleh menyebabkan ekonomi Singapura mengecut lebih banyak daripada yang diramalkan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Pemerintah berkata mereka menjangkakan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) mengecut antara 1 dengan 4 peratus tahun ini kerana kegiatan ekonomi yang berkurangan di dalam dan luar negara akibat pelbagai sekatan perjalanan dan perintah berkurung yang dikuat kuasa untuk membendung pandemik Covid-19.

Anggaran ini dibuat dengan anggapan pemulihan secara perlahan bermula pada separuh kedua tahun ini.

Namun, pandangan ekonomi jangka pendek penuh dengan ketidakpastian dan bergantung pada secepat mana pandemik itu dapat dikawal di seluruh dunia, menurut reviu makroekonomi MAS.

"Terdapat banyak risiko terhadap pandangan pertumbuhan Singapura bagi 2020.

"Dengan gabungan risiko ini, pertumbuhan GDP boleh mencecah bawah -4 hingga -1 peratus yang diramalkan," ujar MAS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg