Eksekutif jualan dijel empat minggu kerana tumbuk pemandu teksi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eksekutif jualan dijel empat minggu kerana tumbuk pemandu teksi

May 10, 2016 | 2:39 PM

Eksekutif jualan dijel empat minggu kerana tumbuk pemandu teksi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
James Lek Yong Sheng, 26 tahun, mengaku mencederakan pemandu ComfortDelGro, Encik Albert Sim Ee Meng, 49 tahun, dalam teksinya di Woodlands pada Oktober lalu.
James Lek Yong Sheng, 26 tahun, mengaku mencederakan pemandu ComfortDelGro, Encik Albert Sim Ee Meng, 49 tahun, dalam teksinya di Woodlands pada Oktober lalu. - GAMBAR FAIL BH

SEORANG pemandu yang menumbuk kepala seorang drebar teksi beberapa kali dipenjara empat minggu pada Selasa (10 Mei).

James Lek Yong Sheng, 26 tahun, mengaku mencederakan pemandu ComfortDelGro, Encik Albert Sim Ee Meng, 49 tahun, dalam teksinya di Woodlands Street 11 pada kira-kira 2.15 pagi 16 Oktober lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa Lek, seorang eksekutif jualan, pergi ke disko Neverland untuk minum pada malam sebelumnya dan meninggalkan tempat itu kira-kira 2 pagi.

Dia sedang memandu di Woodlands Avenue 3 dan hendak membelok ke kanan apabila teksi Encik Sim cuba memotong jalan dan masuk ke lorong itu.

Lek membunyikan hon terhadap Encik Sim dua kali dan percepatkan keretanya agar teksi itu tidak boleh memotong jalannya.

Ketika memandu melewati teksi itu, Lek membuat isyarat biadap terhadap Encik Sim.

Apabila kedua-dua kereta berhenti di simpang lampu isyarat, Encik Sim menurunkan tingkap kereta dan bertanya apa isyarat yang Lek beri.

Lek keluar dari keretanya dan memaki Encik Sim, yang memandu pergi apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Lek kemudian mengejar teksi Encik Sim.

Apabila Encik Sim berhenti untuk menurunkan penumpang di Woodlands Street 11, Lek juga berhenti dan menaiki teksi Encik Sim. Dia kemudian menumbuk Encik Sim beberapa kali di bahagian kiri kepalanya.

Encik Sim memandu ke Pusat Polis Kejiranan (NPC) Woodlands East, sedang Lek terus menumbuknya. Lek ditangkap di NPC itu.

Encik Sim mengalami lebam ringan di cuping telinga kiri dan diberi cuti sakit enam hari.

Lek memberi Encik Sim $358 bagi bayaran perubatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg