Premium
Eksekutif pemasaran dalami perakaunan media sosial
Sektor pelancongan hantar staf ikuti kursus WSG
Jul 4, 2020 | 5:30 AM
MINAT BELAJAR KEMAHIRAN BARU: Bagi Encik George, mempelajari sesuatu yang baru yang dapat memastikan beliau dapat terus bekerja pada masa depan adalah amat penting. - Foto ihsan ENCIK GEORGE MICHAEL SUHAIMI -
DAHULU, Encik George Michael Suhaimi hanya menggalas tugas sebagai eksekutif penjualan di tarikan permainan realiti maya (VR) Zero Latency Singapore, dengan tanggunjawabnya, antara lain, memikat klien datang ke tarikan mereka.
Namun sejak Covid-19 melanda, perniagaan tarikan itu, yang terletak di Suntec City dan diuruskan Tomorrow Entertainment, semakin berkurangan.

