Topic followed successfully
Go to BHkuElakkan 'last kopek'...
Elakkan 'last kopek'...
Elakkan 'last kopek'...
'LAST KOPEK' adalah frasa perbualan informal bererti 'peluang terakhir'.
Cuba elakkan ambil 'peluang terakhir' ini sebaik mungkin walaupun langkah pencegahan lebih ketat bagi menangani wabak Covid-19 bermula Selasa.
Ada baiknya kita mula berjinak dengan langkah-langkah baru ini sekarang. Lihat saja kes-kes jangkitan yang terus tinggi.
Antaranya elakkan berkumpul di tempat-tempat makan hari ini dan esok sebagai 'last kopek'. Dan usah menimbun barang-barang keperluan, sehingga sesak pasar raya.
Barang keperluan masih boleh diperolehi dalam tempoh langkah pencegahan lebih ketat.
Apa yang akan terus dibuka: - Pasar raya, pasar basah, kedai runcit - Kedai makanan untuk membawa pulang atau menghantar makanan. Ini termasuk restoran, pusat penjaja, kedai kopi, pusat makanan, dan mana-mana kedai yang ada lesen, termasuk kedai 'bubble tea' - Khidmat penghantaran Foodpanda, Deliveroo dan GrabFood - Hospital awam dan privet, hospital masyarakat, poliklinik, Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC), serta pusat dialisis - Klinik pengamal perubatan umum (GP) bukan PHPC, klinik pakar, klinik gigi, dan klinik perubatan Cina tradisional untuk khidmat penting - Taman awam dan stadium untuk senaman dengan jarak selamat - Pengangkutan awam
- Kedai rambut untuk khidmat asas
Apa yang ditutup - Sekolah dan pusat pengajian tinggi yang laksana pembelajaran di rumah - Tempat kerja dalam khidmat bukan penting - Prasekolah tetapi peruntukan terhad untuk ibu bapa dalam perkhidmatan penting - Gim, kolam renang, dan kemudahan sukan lain - Perpustakaan - Muzium dan tempat menarik lain seperti Marina Bay Sands, Taman Haiwan, Universal Studios - Khidmat kecantikan seperti spa

