Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EMA teroka potensi tenaga geoterma

Oct 27, 2021 | 5:30 AM
c764f28a-3daf-4ff9-b480-958f32ed403e
-

PENGUASA Pasaran Tenaga (EMA) sedang meneroka potensi memanfaatkan tenaga geoterma di Singapura, berikutan perkembangan baru dalam teknologi itu.

Jika didapati boleh dilaksanakan, tenaga geoterma boleh berfungsi sebagai sumber baru dan tambahan tenaga bersih asli selain tenaga suria bagi menjana kuasa di Singapura.

Geoterma dihasilkan oleh atau berpunca daripada haba dalaman bumi.

Singapura terletak di rantau yang mempunyai sumber geoterma bermutu di bawah tanah, menurut kenyataan EMA semalam.

Dengan sokongan daripada Yayasan Penyelidikan Kebangsaan (NRF), EMA telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), serta pelbagai agensi pemerintah dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Sekretariat Perubahan Iklim Kebangsaan untuk menjalankan kajian penerokaan tentang potensi geoterma.

Kajian-kajian ini akan memberi tumpuan kepada penentuan potensi sumber geoterma di utara dan timur Singapura. Kawasan ini telah dikenal pasti mempunyai potensi geoterma berdasarkan ukuran suhu permukaan yang lebih tinggi.

Sebagai sebuah negara kecil yang mempunyai sumber yang terhad, Singapura mempunyai pilihan tenaga yang terhad dan mengimport hampir semua keperluan tenaganya.

Sistem hidroterma konvensional, yang memanfaatkan haba daripada sumber bawah tanah seperti air panas dan/atau wap, mungkin tidak boleh digunakan di Singapura kerana kekurangan sumber bermutu pada paras yang cetek.

Walau bagaimanapun, kemajuan dalam teknologi seperti Sistem Geoterma Termaju telah membuka kemungkinan aplikasi geoterma di Singapura, dengan memanfaatkan haba daripada batu panas, dengan impak minimum kepada alam sekitar dan keselamatan.

Memandangkan tenaga geoterma merupakan sumber tenaga yang asli, penggunaan tenaga geoterma berpotensi membantu mempelbagaikan sumber tenaga Singapura dan meningkatkan daya tahan tenaga Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg