Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Empat badan agih habuan Raya kepada keluarga Melayu/Islam memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat badan agih habuan Raya kepada keluarga Melayu/Islam memerlukan

Mar 13, 2024 | 08:45 PM



Dana Masyarakat dan kumpulan sukarelawan Heartwarmers bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Wisma Geylang Serai (WGS) untuk membantu keluarga Melayu/Islam yang memerlukan. 

Acara yang dinamakan Habuan Harapan Dana Masyarakat 2024 diadakan buat julung-julung kalinya sedang masyarakat Muslim di sini menyambut Ramadan.


Majlis itu menyaksikan seramai 13 penderma korporat dan lebih 650 sukarelawan membungkus dan mengedarkan pakej perayaan untuk sebanyak 5,000 keluarga Melayu/Islam dari 19 kawasan di serata Singapura.

Mereka akan menerima pakej tersebut untuk membantu persediaan menyambut Hari Raya kelak.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengacarakan majlis itu yang disusuli dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai di Persada Budaya, WGS, pada 13 Mac.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menghadiri majlis itu sebagai tetamu terhormat.

Antara 19 kawasan itu termasuk Tampines East, Queenstown Leng Kee dan Jurong Central.

Sebanyak 1,000 pakej dihimpun pada hari majlis manakala baki 4,000 pakej pula akan dibungkus dan diedarkan pada hujung Mac. 

Pakej perayaan itu mengandungi sampul duit Raya dan barangan perayaan seperti kuih kapit, teh halia dan keropok. 

Dalam ucapan beliau semasa majlis itu, Pengerusi Dana Masyarakat, Encik Chew Sutat, menekankan usaha demikian dapat membantu memperkasa setiap individu, lantas membina masyarakat yang penyayang dan inklusif.

Habuan Harapan Dana Masyarakat adalah kerjasama pertama kami yang menyatukan sukarelawan korporat, penderma dan masyarakat Islam. Memang menggembirakan apabila kita mampu berhubung dengan masyarakat berbeza untuk menyokong dan mengukuhkan lebih banyak keluarga di Singapura bersama-sama,” tambah beliau.


Sejak 1983, Dana Masyarakat telah menyatukan masyarakat bagi menggembleng sumber dan mengumpul dana untuk golongan yang memerlukan.

Dana Masyarakat telah menyokong sebanyak 45 Pusat Khidmat Keluarga (FSC) termasuk yang menyediakan terapi keluarga dan perkhidmatan kaunseling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >