Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat belia disiasat kerana penipuan cinta Internet

Nov 23, 2020 | 6:28 PM
USAH TERPEDAYA: Polis menasihati orang awam agar jangan mudah percaya akan pujuk rayu dalam talian di mana orang yang baru dikenali meminta anda memindahkan wang ke akaunnya. Ini mungkin kes penipuan cinta. - Foto FAIL
USAH TERPEDAYA: Polis menasihati orang awam agar jangan mudah percaya akan pujuk rayu dalam talian di mana orang yang baru dikenali meminta anda memindahkan wang ke akaunnya. Ini mungkin kes penipuan cinta. - Foto FAIL -

EMPAT orang antara usia 15 dengan 21 tahun sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan melibatkan wang $12,200, kata polis dalam kenyataannya pada Isnin (23 November).

Siasatan ini dilakukan menyusuli satu laporan yang dibuat pada tengah malam 15 November mengenai dua orang yang tidak dikenali mangsa tetapi dijadikan kawan di laman dating.

Kedua-dua orang ini dikatakan telah beberapa kali meminta mangsa memindahkan wang tunai sebagai gantian khidmat mereka menemaninya. Wang itu ingin digunakan bagi kos membaiki kenderaan yang didakwa diperlukan menyusuli satu kemalangan jalan raya.

Pegawai polis dari Divisyen Polis Bedok telah mengenal pasti identiti empat orang yang disyaki terlibat dalam kes penipuan cinta Internet pada 16 November.

Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Dalam kenyataannya, polis berkata penipuan cinta Internet kekal sebagai satu keprihatinan jenayah yang serius.

Polis mengingatkan orang ramai agar berhati-hati apabila menjalin persahabatan dengan orang yang tidak dikenali dalam talian bagi mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam penipuan ini.

Orang awam juga harus berhati-hati apabila diminta menerima atau memindahkan wang kepada golongan yang mereka tidak kenali, jelas polis lagi.

Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penipuan ini, lungsuri laman scamalert.sg atau hubungi talian Hotline Anti-Scam di talian 1800-722-6688.

Sesiapa dengan maklumat tentang penipuan sebegini boleh hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau kirim maklumat secara dalam talian ke laman beralamat www.police.gov.sg/ iwitness.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg