Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat cedera dalam kebakaran gerai makan di Old Airport Road

Aug 2, 2016 | 3:18 PM
SCDF berkata siasatan awal mendapati kebakaran kilat itu mungkin berpunca daripada kerja pembaikan yang sedang dijalankan ke atas bekalan gas gerai itu.
SCDF berkata siasatan awal mendapati kebakaran kilat itu mungkin berpunca daripada kerja pembaikan yang sedang dijalankan ke atas bekalan gas gerai itu. - GAMBAR SCDF/FACEBOOK

EMPAT orang cedera dalam satu kebakaran di Pusat Makanan Old Airport Road pada pagi Selasa (2 Ogos).

Kebakaran itu berlaku di salah sebuah gerai makanan di tingkat satu pusat penjaja dua tingkat itu di sekitar 10 pagi, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam laman Facebook.

Dua lelaki dan seorang wanita mengalami luka terbakar pada lengan dan tangan dan dibawa ke Hospital Besar Singapura, katanya.

Mangsa keempat - seorang lelaki yang mengalami sedikit luka pada tangan kanannya - enggan dihantar ke hospital.

SCDF berkata siasatan awal mendapati kebakaran kilat itu mungkin berpunca daripada kerja pembaikan yang sedang dijalankan ke atas bekalan gas gerai itu.

Sebuah kereta bomba dan dua motosikal bomba dikerahkan oleh SCDF, walaupun sistem pemercik pusat makanan itu telah memadamkan api sebelum ketibaannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg