Empat kategori keselamatan buat negara, wilayah untuk tapis pengunjung ke S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat kategori keselamatan buat negara, wilayah untuk tapis pengunjung ke S'pura

Aug 20, 2021 | 5:30 AM

Empat kategori keselamatan buat negara, wilayah untuk tapis pengunjung ke S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BUKA SEMPADAN DENGAN BERHATI-HATI
BUKA SEMPADAN DENGAN BERHATI-HATI -

SINGAPURA akan menggolongkan negara dan wilayah ke dalam empat kategori dengan langkah keselamatan di sempadan yang berbeza bagi setiap kategori.

Kementerian Kesihatan (MOH) semalam berkata kadar vaksinasi lebih tinggi dalam kalangan penduduk di sini telah memberikan asas bagi negara ini untuk memperkenalkan langkah sempadan yang dibezakan bagi pelancong.

Pihak berkuasa akan menimbangkan sejarah perjalanan pelancong sepanjang 21 hari lalu sebelum mereka masuk ke Singapura dalam menentukan kategori.

"Jika pelancong mengunjungi atau singgah melalui negara/wilayah dalam kategori berbeza, syarat paling ketat dalam kalangan negara/wilayah itu akan dikenakan," kata MOH.

Menjelas lanjut tentang kategori itu, MOH berkata kategori pertama merangkumi tempat yang mempunyai risiko penularan Covid-19 paling rendah.

Pelancong dari destinasi dalam kategori ini boleh masuk Singapura tanpa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Mereka hanya perlu menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) sejurus tiba di Singapura, dan boleh melakukan kegiatan mereka jika keputusan ujian negatif.

Negara dalam kategori ini termasuk China (tidak termasuk wilayah Jiangsu), New Zealand dan Taiwan. Hong Kong dan Macau akan dimasukkan mulai 11.59 malam hari ini.

Kategori dua merangkumi tempat yang mempunyai profil risiko Covid-19 serupa dengan Singapura.

Pelancong dari tempat dalam kategori ini akan perlu menjalani SHN selama tujuh hari yang boleh dilakukan di tempat penginapan pilihan mereka.

Rakyat Singapura, penduduk tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang boleh menjalani SHN di kediaman mereka jika keadaan sesuai.

Buat masa ini, hanya wilayah Jiangsu di China berada dalam kategori ini. Australia, Brunei, Canada dan Jerman akan dimasukkan ke dalam kategori itu mulai 11.59 malam ini.

Kategori tiga merangkumi tempat yang dianggap lebih berisiko bagi jangkitan Covid-19.

Pelancong yang belum divaksin dari negara atau wilayah dalam kategori ini akan perlu menjalani SHN selama 14 hari di kemudahan khas.

Namun, pelancong layak yang sudah divaksin sepenuhnya boleh pilih untuk menjalani SHN 14 hari di penginapan pilihan mereka yang sesuai.

Austria, Italy, Norway, Korea Selatan dan Switzerland kini berada dalam kategori ini.

Belgium, Denmark, Jepun dan Luxembourg akan ditambahkan ke dalam senarai kategori ini mulai 11.59 malam ini.

Kategori empat pula merangkumi tempat lain yang mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang tertinggi.

MOH berkata pelancong dari negara dan wilayah ini akan perlu menjalani SHN selama 14 hari di kemudahan khas, dan akan perlu mematuhi rejim ujian juga.

Individu bukan rakyat Singapura atau PR yang datang dari Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka masih tidak dibenarkan masuk Singapura sejajar dengan sekatan semasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg