Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat kedai di Sim Lim Square diserbu, produk tiruan bernilai $1j dirampas

Aug 18, 2018 | 12:40 PM
Kira-kira 6,000 produk melanggar cap perdagangan seperti penyesuai (adaptor) kuasa komputer riba, bateri, skrin LCD, unit bekalan kuasa, kabel dan fon telinga disita dalam operasi polis pada Selasa, 14 Ogos.
Kira-kira 6,000 produk melanggar cap perdagangan seperti penyesuai (adaptor) kuasa komputer riba, bateri, skrin LCD, unit bekalan kuasa, kabel dan fon telinga disita dalam operasi polis pada Selasa, 14 Ogos. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

EMPAT perniagaan diserbu pada Selasa (14 Ogos) dalam operasi polis terhadap produk tiruan, dengan barangan bernilai $1.03 juta disita, kata polis pada Jumaat (17 Ogos) malam.

Seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam penjualan alat dan aksesori komputer tiruan. Dua lagi lelaki, berusia 35 dan 36 tahun, juga sedang membantu siasatan.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) melakukan serbuan serentak terhadap empat kedai runcit di sebuah pusat beli-belah di Rochor Canal Road, mengakibatkan penangkapan itu.

Menurut akhbar The Straits Times, ia difahamkan bahawa empat kedai itu terletak di Sim Lim Square.

Kira-kira 6,000 barangan yang melanggar hak cipta, seperti penyesuai (adaptor) kuasa komputer riba, bateri, skrin LCD, unit bekalan kuasa, kabel dan fon telinga disita. Polis mengatakan barang-barang itu mempunyai nilai jalanan anggaran $1.03 juta.

Sesiapa yang didapati bersalah menjual atau mengedarkan barang dengan cap dagangan yang digunakan secara salah boleh dikenakan denda hingga $100,000 dan penjara hingga lima tahun.

Pengarah CID, Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasatan dan Perisikan) Florence Chua berkata dalam satu kenyataan: "Polis mengambil pandangan serius mengenai hak harta intelektual (IPR) dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pelaku yang terang-terangan melanggar undang-undang IPR kita dan menjejaskan perniagaan sah."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg