Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat lagi stesen MRT di Punggol jelang 2031

Mar 10, 2020 | 1:41 PM
LAWAT TAPAK KERJA: Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Sun Xueling; Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Negara (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan)  Janil Puthucheary melawat tapak projek memanjangkan terowong Laluan Timur Laut (NEL) pada 10 Mac 2020.
LAWAT TAPAK KERJA: Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Sun Xueling; Menteri Kanan Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Negara (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan)  Janil Puthucheary melawat tapak projek memanjangkan terowong Laluan Timur Laut (NEL) pada 10 Mac 2020. - - Foto KEVIN LIM

PENDUDUK Punggol akan mendapat empat lagi stesen kereta api menjelang 2031untuk menghubungkan mereka ke bahagian timur Singapura, seperti Tampines dan Pasir Ris.

Laluan itu merupakan lanjutan Laluan Rentas Pulau, dan merupakan tambahan kepada perkhidmatan bas yang memberi sambungan itu sekarang, lapor The Straits Times.

Dengan lanjutan baru itu, penumpang boleh menjimatkan masa sehingga 25 minit bagi perjalanan dari Punggol Central ke Pasir Ris contohnya, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (10 Mac).

Pembinaan stesen bawah tanah Punggol, Riviera, Elias dan Pasir Ris itu akan bermula pada 2022, dan stesen tersebut dijangka dibuka menjelang 2031.

Tiga daripada empat stesen tersebut - Punggol, Riviera dan Pasir Ris - akan menjadi stesen pertukaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg