SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Empat orang disiasat kerana pengaruhi prosiding mahkamah

Empat orang disiasat kerana pengaruhi prosiding mahkamah

Mar 14, 2020 | 2:00 PM

Empat orang disiasat kerana pengaruhi prosiding mahkamah

Encik Terry Xu (paling kanan) Dan peguam Encik M. Ravi (tengah)
Encik Terry Xu (paling kanan) Dan peguam Encik M. Ravi (tengah) - Foto fail

POLIS sedang menyiasat empat orang orang kerana menghina mahkamah selepas mereka menerbitkan artikel di dalam talian dan pos Facebook yang berkaitan dengan prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (13 Mac), polis berkata tindakan kumpulan itu 'memberi ancaman yang benar untuk mempengaruhi atau memasuk campur proses prosiding sedemikian'.

Empat yang sedang disiasat itu adalah editor laman berita alternatif The Online Citizen (TOC) Encik Terry Xu, peguam Encik M. Ravi, Encik Mohan Rajangam dan seorang penulis yang bekerja dengan TOC yang dikenali sebagai Danisha Hakeem.

Mereka sedang disiasat di bawah Akta Pentadbiran (Perlindungan) Keadilan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg