Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat remaja diberkas kerana sengaja sebabkan kecederaan semasa merompak

Aug 5, 2022 | 9:29 PM
DUA REMAJA DIKENALPASTI: Hasil rakaman kamera polis, dua remaja ini telah dikesan tidak lama selepas mereka mencederakan dua remaja semasa melakukan rompakan ke atas mereka. - Foto
DUA REMAJA DIKENALPASTI: Hasil rakaman kamera polis, dua remaja ini telah dikesan tidak lama selepas mereka mencederakan dua remaja semasa melakukan rompakan ke atas mereka. - Foto - SPF

POLIS telah memberkas empat remaja berusia 18 dan 19 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes menyebabkan kecederaan secara sengaja sewaktu melakukan rompakan.

Dalam kenyataannya hari ini, polis berkata mereka menerima maklumat pada 9.20 malam semalam (Khamis, 4 Ogos) tentang satu kes serangan di lorong belakang di Arab Street.

Siasatan awal mendapati sekumpulan empat lelaki telah menyerang dua mangsa, berusia 14 dan 16 tahun, yang didesak menyerahkan wang dan telefon bimbit mereka.

Akibat ketakutan, mangsa menuruti arahan dan menyerahkan wang tunai berjumlah $20 dan setiap mereka menyerahkan telefon bimbit kepada kumpulan perompak itu sebelum melarikan diri.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan lebam.

Hasil siasatan di tempat kejadian dan dibantu rakaman kamera polis, anggota polis dari Divisyen Polis Central mengenalpasti identiti pelaku dan memberkas mereka dalam masa 18 jam selepas laporan berlakunya jenayah itu diterima.

Keempat-empat remaja akan dihadapkan ke mahkamah esok dan menghadapi tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja semasa melakukan rompakan.

Sekiranya didapati bersalah, mereka akan menghadapi hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun, selain dirotan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg