WALAUPUN gaji meningkat secara keseluruhan sejajar dengan inflasi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggariskan empat sebab mengapa rakyat masih merasakan tekanan kos kehidupan semakin tinggi.

Perubahan gaya hidup dan kenaikan harga merupakan antara sebab rakyat merasakan tekanan kos sara hidup meningkat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Selain itu, dua sebab lain ialah keprihatinan golongan keluarga muda yang ingin membeli flat pertama dan mempunyai anak serta kebimbangan generasi 'sandwic' yang menjaga anak serta ibu bapa yang tua.