Topic followed successfully
Go to BHkuEmpat syarikat disiasat kerana cetuskan jerebu
Empat syarikat disiasat kerana cetuskan jerebu
Sep 22, 2015 | 4:49 PM
Empat syarikat disiasat kerana cetuskan jerebu

-
JAKARTA - Indonesia telah mengarahkan empat syarikat supaya menghentikan operasinya kerana ia mengakibatkan kebakaran hutan yang asapnya menyelubungi rantau ini, kata seorang pegawai kementerian sekitaran hari ini, Selasa (22 September).
"Penggantungan ini akan berkuatkuasa sehingga prosiding jenayah yang dijalankan polis selesai," kata Encik Bambang Hendroyono, Setiausaha Agung di kementerian sekitaran.
Permit tiga syarikat perladangan telah dibekukan manakala lesen sebuah syarikat perhutanan ditarik balik, tambahnya.
Syarikat PT Langgam Inti Hibrindo, yang dimiliki oleh PT Provident Agro, merupakan antara syarikat yang terjejas. - REUTERS
