Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enabling Village menang anugerah kecemerlangan

Nov 12, 2022 | 5:30 AM
TERIMA PENGIKTIRAFAN: Enabling Village merupakan salah satu daripada lima projek dari seluruh dunia menangi Anugerah Global Urban Land Institute (ULI) 2022 untuk Kecemerlangan - Foto fail
TERIMA PENGIKTIRAFAN: Enabling Village merupakan salah satu daripada lima projek dari seluruh dunia menangi Anugerah Global Urban Land Institute (ULI) 2022 untuk Kecemerlangan - Foto fail -

ENABLING Village, ruang masyarakat inklusif pertama di Singapura dengan tumpuan kuat terhadap latihan dan pekerjaan untuk orang kurang upaya, telah dianugerahkan Anugerah Global Urban Land Institute (ULI) 2022 untuk Kecemerlangan semalam.

Enabling Village merupakan salah satu daripada lima projek lain dari sekitar dunia yang memenangi anugerah berprestij itu.

Antaranya termasuk Essex Crossing di Amerika Syarikat.

Pemenang dipilih daripada kumpulan 26 finalis sejagat yang pertama kali memenangi pertandingan serantau sangat kompetitif yang menyaksikan sejumlah 152 penyertaan.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee berkata:

"Anugerah SG Enable untuk rekaan Enable Village ini merupakan bukti nilai kebolehhidupan dan keterangkuman kami.

"Ini adalah hasil penting yang kami perjuangkan semasa kami merancang dan membangunkan bandar kami."

Encik Lee turut mengumumkan bahawa Enabling Village akan meluaskan ruang mereka untuk terus menawarkan lebih sokongan bagi mereka yang kurang upaya serta pengasuh mereka.

Dijangka selesai pada 2024, bangunan tambahan empat tingkat itu akan menjadi model untuk keterangkuman dan inovasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg