Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enam lagi 'Sahabat Sastera' bagi lestari, rancakkan kegiatan sastera

Jan 9, 2023 | 5:30 AM
PEJUANG SASTERA: Dr Faishal dan Dr Azhar (empat dan lima dari kiri) bersama lima daripada enam Sahabat Satera baru - (dari kiri) Encik Mohamad Tauhid Mohd Bakhit, Encik Muhammad Fadli Idris, Encik Raditya Secondatama, Cik Norasiken Md Noor, dan Cik Farah Salim. Seorang lagi, Encik Amirul Hakim, tiada dalam gambar. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
PEJUANG SASTERA: Dr Faishal dan Dr Azhar (empat dan lima dari kiri) bersama lima daripada enam Sahabat Satera baru - (dari kiri) Encik Mohamad Tauhid Mohd Bakhit, Encik Muhammad Fadli Idris, Encik Raditya Secondatama, Cik Norasiken Md Noor, dan Cik Farah Salim. Seorang lagi, Encik Amirul Hakim, tiada dalam gambar. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

ENAM lagi belia dilantik sebagai Sahabat Sastera oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura bagi terus menghidupkan dan merancakkan kegiatan sastera. Mereka kohort kedua Sahabat Sastera, usaha yang bermula pada 2021.

Menjelaskan peranan Sahabat Sastera, pengerusi Jawatankuasa Persuratan Majlis Bahasa Melayu Singapura, Dr Azhar Ibrahim, berkata empat jurusan menjadi tumpuan - penggiat, penulis, pengkaji, dan penerjemah.

"Program Sahabat Sastera ini bermula dengan satu harapan bahawa kita ada bakat muda yang bukan boleh menulis saja, bahkan menggerakkan kegiatan sastera, boleh membuat kritikan sastera, kajian sastera dan juga boleh menjadi orang yang mempunyai keterampilan berbudaya dan berseni dalam latar sastera," katanya.

Tetamu terhormat di majlis pelantikan di Wisma Geylang Serai itu ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Mengulas, beliau berkata wadah seperti itu membangunkan jati diri sebagai seorang Melayu dan membantu anak muda mengenal aspek kehidupan di Singapura dengan konteks sesuai serta dapat memainkan peranan di rantau ini.

"Keunikan Singapura ialah walaupun kita berbilang bangsa, kita tumpukan pada bahasa, budaya dan kesusasteraan masing-masing," ujar beliau, yang juga pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Antara Sahabat Sastera yang dilantik semalam ialah Encik Mohamad Tauhid Mohd Bakhit, 22 tahun, pelajar Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS) yang berasa sastera kurang mendapat perhatian.

"Sastera semakin menghilang sedangkan kemampuan sastera tidak terbatas pada jangka masa penulisan itu sendiri. Ia merentas masa," ujar beliau, sambil menambah justeru adalah penting belia sepertinya terus mengekal dan menghidupkan sastera.

"Sastera adalah wadah di mana penulis dapat mengetengahkan idea kritis, dapat mengangkat masalah sosial yang membebani masyarakat... Jadi kalau orang ramai sedar akan kebolehan sastera ini, saya harap sastera tidak lagi dipandang enteng, lebih-lebih lagi dalam wacana nasional kita," tambah Encik Tauhid.

Seorang lagi Sahabat Sastera, Cik Farah Salim, 23 tahun, yang juga pelajar Pengajian Melayu di NUS, berkata:

"Melalui wadah ini, saya ingin memanfaatkan sastera untuk mengkaji serta menyuarakan isu-isu pembangunan masyarakat Melayu yang sukar atau tidak lazim diketengahkan.

"Oleh itu saya harap perbincangan seperti ini dapat memberi kesedaran yang lebih mengenai masyarakat kita." - NUR HUMAIRA SAJAT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg