Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enam wajah baru dilantik ke J'kuasa Pusat NTUC

Oct 17, 2019 | 5:30 AM
ANGGOTA BARU JAWATANKUASA PUSAT NTUC: Presiden Kesatuan Sekerja Perusahaan dan Perkhidmatan, Encik Sazali Zainal, antara yang dipilih menerajui kepimpinan NTUC. - Foto BH oleh NORMAN SAWI
ANGGOTA BARU JAWATANKUASA PUSAT NTUC: Presiden Kesatuan Sekerja Perusahaan dan Perkhidmatan, Encik Sazali Zainal, antara yang dipilih menerajui kepimpinan NTUC. - Foto BH oleh NORMAN SAWI -

ENAM wajah baru dilantik ke Jawatankuasa Pusat (CC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bagi tempoh 2019-2023 yang diumumkan semalam.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Ng Chee Meng, dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Cik Mary Liew dilantik semula sebagai presiden. Kededuanya akan berkhidmat bagi penggal kedua.

Tiga pemimpin kesatuan akan menyandang jawatan naib presiden, termasuk Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Tenaga dan Gas (Upage), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 47 tahun, yang dilantik ke jawatankuasa pusat bagi penggal kedua.

Salah seorang anggota baru Jawatankuasa Pusat ialah Presiden Kesatuan Sekerja Perindustrian dan Perkhidmatan, Encik Sazali Zainal, 46 tahun.

Beliau berkata sebagai anggota jawatankuasa, beliau akan memikul tanggungjawab tambahan.

Encik Sazali yang telah banyak mencurah bakti kepada industri aeroangkasa ingin membantu pekerja di Singapura dalam isu seharian.

"Yang penting bagi saya adalah supaya pekerja diberi huraian dan sumber rujukan yang terbaik supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka," katanya.

Encik Sazali memberi contoh bantuan yang diberi kesatuannya dalam membantu pekerja yang diberhentikan supaya mereka diberi faedah.

Anggota baru lain ialah Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Keselamatan, Encik Raymond Chin, 37 tahun; Setiusaha Umum Kesatuan Sekerja Industri Besi; Encik Lim Teck Chuan, 47 tahun; Timbalan Setiausaha Umum Kesatuan Gabungan Pekerja Minuman dan Makanan (FDAWU), Encik Lim Wen Sheng 34 tahun; Setiausaha Umum Gabungan Kesatuan Sekerja Awam (AUPE), Encik Sanjeev Kumar Tiwari, 41 tahun; dan Presiden Kesatuan Sekerja Lembaga Perbekalan Awam (PUBEU), Encik Ken Tan, 58 tahun.

Lebih 400 peserta daripada 59 kesatuan telah mengundi untuk menubuhkan kepimpinan baru Jawatankuasa Pusat NTUC yang dianggotai 21 wakil dan akan berkhidmat dari 2019 hingga 2023.

Jawatankuasa Pusat merupakan badan eksekutif NTUC yang bertujuan mencadangkan tindakan serta dasar agar dapat mempertingkatkan prestasi serta objektif kesatuan bagi pekerja Singapura.

Encik Ng berkata jawatankuasa baru itu mewakili pelbagai sektor dan industri Singapura.

"Mereka dilantik di atas pengalaman dan komitmen mereka kepada pekerja Singapura," katanya.

KEPIMPINAN NTUC

Presiden Cik Mary Liew, 56 tahun Setiausaha Am Kesatuan Pegawai Kelautan Singapura (SMOU)

Setiausaha Agung Encik Ng Chee Meng, 51 tahun Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI)

Setiausaha Urusan Kewangan Encik Arasu Duraisamy, 51 tahun Setiausaha Am Kesatuan Pekerja Pelabuhan Singapura (SPWU)

Naib Presiden Encik Ong Hwee Liang, 54 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Jurutera dan Eksekutif Syarikat Kejuruteraan SIA (SEEU)

Cik K. Thanaletchimi, 53 tahun Presiden Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Kesihatan (HSEU)

Encik Abdul Samad Abdul Wahab, 47 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Tenaga dan Gas (Upage)

Timbalan Setiausaha Agung Encik Koh Poh Koon, 47 tahun Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja Industri Besi (MIWU)

Penolong Setiausaha Agung Cik Cham Hui Fong, 51 tahun Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja Terminal Lapangan Terbang Singapura (SATSWU)

Encik Patrick Tay Teck Guan, 47 tahun Kesatuan Sekerja Buruh dan Perdagangan Singapura (SMMWU)

Anggota Encik Bejamin Tang, 43 tahun Presiden Kesatuan Pegawai Pelabuhan (POU)

Encik Andy Lim Tze Khong, 43 tahun Kesatuan Sekerja Buruh dan Perdagangan Singapura (SMMWU)

Encik Luke Hee, 45 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Insurans Singapura (SIEU)

Encik Richard Tan, 54 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI)

Encik Thuvinder Singh Bachan Singh, 50 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Telekomunikasi Singapura (UTAS)

Cik Eileen Yeo, 54 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Pembinaan Kapal dan Kejuruteraan Marin (SMEEU)

Encik Raymond Chin, 37 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Keselamatan (USE)

Encik Lim Teck Chuan, 47 tahun Setiausaha Umum Kesatuan Sekerja Industri Besi (MIWU)

Encik Lim Wen Sheng, 34 tahun Timbalan Setiausaha Umum Kesatuan Gabungan Pekerja Minuman dan Makanan (FDAWU)

Encik Sanjeev Kumar Tiwari, 41 tahun Setiausaha Umum Gabungan Kesatuan Pekerja Awam (AUPE)

Encik Sazali Zainal, 46 tahun Presiden Kesatuan Sekerja Perusahaan dan Perkhidmatan (SISEU)

Encik Tan Yeong Kang, Ken, 58 tahun Presiden Kesatuan Sekerja Lembaga Pembekalan Awam (PUBEU)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg