Topik diikuti
Pergi ke BHkuEncik Lee Kuan Yew masih dirawat di ICU, keadaannya dipantau dengan teliti
Feb 26, 2015 | 9:11 AM
Encik Lee Kuan Yew masih dirawat di ICU, keadaannya dipantau dengan teliti
MANTAN Perdana Menteri Encik Lee Kuan Yew masih menjalani rawatan di wad Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Besar Singapura (SGH).
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO0, Encik Lee terus diberi sedatif dan dibantu mesin untuk pernafasan.
"Doktor beliau juga sudah memberinya antibiotik semula dan terus memantau keadaannya dengan teliti," kata kenyataan itu.
Awal minggu ini, PMO mengeluarkan kenyataan bahawa Encik Lee telah dimasukkan ke SGH pada 5 Februari lalu kerana masalah paru-baru berair yang teruk.