Topik diikuti
Pergi ke BHkuEncik Lee Kuan Yew telah meninggal dunia
Encik Lee Kuan Yew telah meninggal dunia
Encik Lee Kuan Yew telah meninggal dunia
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 24, 2015 | 5:00 AM
MANTAN perdana menteri, Encik Lee Kuan Yew, 91 tahun, telah meninggal dunia, pada 3.18 pagi tadi, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang dikeluarkan sebentar tadi.
PMO menyatakan:
"Dengan penuh dukacita, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Encik Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Pertama Singapura, telah meninggal dunia.
Encik Lee menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang di Hospital
Besar Singapura hari ini pada jam 3.18 pagi. Mendiang berusia 91 tahun.
Butiran mengenai di mana orang awam boleh memberikan penghormatan terakhir serta upacara persemadian akan diumumkan kelak.
