Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Eng Hen: Dataran NS, mercu tanda rakyat S’pura, siap jelang 2027

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen: Dataran NS, mercu tanda rakyat S’pura, siap jelang 2027

Mar 19, 2024 | 08:10 PM



Dataran NS (Perkhidmatan Negara) yang bakal dibina, akan menjadi ruang yang boleh dinikmati semua anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dan keluarga mereka.

Apabila siap kelak, Dataran NS – yang akan mempunyai sebuah pentas dan astaka besar atau ‘grandstand’ tetap – akan menjadi lokasi bagi acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dan pelbagai acara berskala besar lain.

Kemudahan menarik lain yang akan disediakan dalam pembangunan itu, termasuk sebuah pusat sukan air dan sisiran tepian air untuk orang awam.

Ia akan menggantikan platform terapung The Float @ Marina Bay – sebuah struktur sementara yang dibina pada 2007 apabila Stadium Nasional ditutup bagi kerja pengubahsuaian, tempat di mana 11 acara NDP telah diadakan.

Dataran NS yang baru itu dijangka siap menjelang 2027, lapor The Straits Times (ST).


Pada majlis pecah tanah di tapak itu pada 19 Mac, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata, selain menjadi lokasi tetap bagi NDP pada masa depan, Dataran NS itu juga akan menjadi tempat bagi perarakan tamat Latihan Asas Tentera (BMT).

Di samping itu, ia juga akan menempatkan sebuah galeri bertema NS yang memaparkan pelbagai kisah dan sumbangan NSmen daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) merentasi beberapa generasi melalui pelbagai wadah berbilang media dan paparan perkakasan, atau hardware.


“Dataran NS akan menjadi mercu tanda negara untuk semua rakyat Singapura dan satu lagi permata yang mengindahkan lagi latar langit yang mengagumkan di sekitar Marina Bay,” kata Dr Ng.

Sambil menghargai sumbangan NSMen, beliau menambah: “Dataran NS bertujuan menjadi tempat bagi anggota kerahan perkhidmatan negara dan keluarga mereka menikmati keamanan dan kemakmuran Singapura yang mereka lindungi selama ini,” tambahnya.

Pembangunan semula The Float @ Marina Bay yang dinamakan semula sebagai Dataran NS Square pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong semasa sambutan NS50 pada 2017, sebagai memperingati semua NSMen dahulu dan sekarang serta keluarga mereka.

Tender konsultasi reka bentuknya diberikan kepada WOHA Architects pada Julai 2020 oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND).


Antara ciri utama Dataran NS adalah pentas dan astaka yang boleh menampung seramai 30,000 orang, dan membolehkan lebih ramai rakyat Singapura menghadiri NDP dan acara lain setiap tahun.

Ia juga boleh diubah suai untuk menganjurkan acara seperti konsert, persembahan, kegiatan sukan dan pertandingan pada skala berlainan.

Apabila tidak digunakan untuk acara, pentas tersebut boleh diubah menjadi ruang serbaguna bagi kegiatan masyarakat seperti sukan dan riadah, serta pasar hujung minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >