MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) yang ke-16 di Phnom Penh, Kemboja semalam.

Beliau berada di Kemboja dari semalam hingga esok.

Selain ADMM, Dr Ng juga akan menghadiri ADMM-China dan ADMM-Jepun yang akan diadakan mengiringi ADMM.

Sebagai sebahagian program itu, Dr Ng dan menteri-menteri pertahanan ASEAN akan bersama-sama menemui Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen.

Dr Ng akan diiringi oleh Setiausaha Tetap Pertahanan, Encik Chan Heng Kee, dan pegawai Kementerian Pertahanan (Mindef) yang lain.