Topik diikuti
Pergi ke BHkuEng Hen: 'Kemajuan baik' dalam menerima pakai garis pandu udara berbilang hala pertama dunia
Eng Hen: 'Kemajuan baik' dalam menerima pakai garis pandu udara berbilang hala pertama dunia
Eng Hen: 'Kemajuan baik' dalam menerima pakai garis pandu udara berbilang hala pertama dunia
Dr Ng Eng Hen (tengah) berkata menteri pertahanan Asean telah membuat kemajuan baik dalam tiga keutamaan yang telah diketengahkan dalam mesyuarat tahunan mereka. FOTO: ALPHONSUS CHERN -
Oct 19, 2018 | 12:45 PM
MENTERI pertahanan Asean telah membuat kemajuan baik dalam tiga keutamaan yang diketengahkan dalam mesyuarat tahunan mereka, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, hari ini (Jumaat, 19 Okt).
Ini termasuk penerapan garis pandu pertama dunia mengenai pertemuan udara tentera yang tidak dirancang, meningkatkan kerjasama serantau menghadapi keganasan dan membangunkan keupayaan Asean terhadap ancaman biologi, kimia dan radiologi.
Menurut laporan The Straits Times, Dr Ng berkata jika menteri pertahanan Asean lain memberikan sokongan padu, mereka akan melakukan pengisytiharan bersama di penghujung Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM).
