Topik diikuti
Pergi ke BHkuEng Hen: Keputusan kembalikan Terrex papar hubungan baik HK-S'pura

Jan 26, 2017 | 5:30 AM
Eng Hen: Keputusan kembalikan Terrex papar hubungan baik HK-S'pura
KEPUTUSAN mengembalikan sembilan kenderaan berperisai milik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mencerminkan hubungan baik dan mesra antara Hongkong dengan Singapura, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Bercakap kepada wartawan semalam, Dr Ng berkata bahawa syarikat perkapalan APL telah memberi jaminan akan menghantar pulang kenderaan pengangkut infantri Terrex itu sebaik sahaja ia dilepaskan oleh pihak berkuasa di Hongkong.