Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eng Hen: PCG, RSN ambil tindakan segera apabila Menteri Besar Johor masuk perairan S'pura

Jan 15, 2019 | 5:44 PM
ISU PERAIRAN: Dr Ng berkata Singapura berupaya bertindak dan mengusir kapal kerajaan Malaysia dari perairannya tetapi agensi keselamatan negara ini telah diarah bertindak secara terkawal.
ISU PERAIRAN: Dr Ng berkata Singapura berupaya bertindak dan mengusir kapal kerajaan Malaysia dari perairannya tetapi agensi keselamatan negara ini telah diarah bertindak secara terkawal. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

KEJADIAN seperti pencerobohan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, ke perairan Singapura baru-baru ini bersifat provokatif dan menambah ketegangan, selain bercanggah dengan dasar rasmi yang diutarakan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen hari ini (15 Januari).

Tambahnya, agensi keselamatan Singapura telah mengesan pergerakan rombongan Datuk Osman dari awal lagi, apabila jumlah kapal kerajaan Malaysia di perairan Singapura bertambah daripada dua kepada lima ketika itu.

"Kapal Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Tentera Laut Singapura (RSN) bertindak segera terhadap provokasi ini, sebagaimana yang mereka perlu lakukan," ujarnya di Parlimen semalam.

Dr Ng berkata Singapura juga berupaya bertindak dan mengusir kapal kerajaan Malaysia dari perairannya.

Namun, agensi keselamatan negara ini telah diarah bertindak secara terkawal dan mengelak daripada menambah ketegangan agar tidak menjejas perbincangan yang membina serta huraian pertikaian itu secara aman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg