Topik diikuti
Pergi ke BHkuESM Goh utus kawat takziah atas pemergian mantan Presiden Iran
Jan 12, 2017 | 5:30 AM
ESM Goh utus kawat takziah atas pemergian mantan Presiden Iran
MENTERI Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong telah mengirimkan ucapan takziah kepada Presiden Iran, Encik Hassan Rouhani, atas pemergian Pengerusi Majlis Kepentingan Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani.
Allahyarham, 82 tahun, meninggal dunia Ahad lalu di sebuah hospital di Teheran akibat masalah jantung.