Esplanade bakal bina teater di tepian air bernilai $30 juta
Premium
Esplanade bakal bina teater di tepian air bernilai $30 juta
Apr 11, 2017 | 5:30 AM
RUANG SENI BERSAIZ SEDERHANA: Tapak seluas 3,000 meter persegi bagi Teater Di Tepian Air bernilai $30 juta dan dapat memuatkan antara 550 dengan 1,000 tempat duduk akan dibina Esplanade -Teater di Pesisiran dan dijangka dibuka menjelang 2021. - Foto THE STRAITS TIMES -
TEATER di tepian air bernilai $30 juta akan dibuka di Esplanade - Teater di Pesisiran menjelang 2021.
Tempat bersaiz sederhana dan boleh menampung 550 tempat duduk itu diumumkan semalam oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, semasa anugerah tahunan teater anjuran Life, segmen gaya hidup akhbar The Straits Times.

