PEMILIK flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh menjangka estet lebih menghijau.

Di bawah garai pandu Keperluan Menghijau Dipertingkat HDB, semua projek baru HDB yang direka mulai 2016 akan disediakan dengan lebih banyak tumbuh-tumbuhan hijau sebagai sebahagian usaha berterusan lembaga perumahan itu mewujudkan sekitaran kehidupan bermutu tinggi yang menghijau, sesuai didiami dan mampan.