Topik diikuti
Pergi ke BHkuFairPrice akan tingkat usaha bantu tangani kenaikan kos sara hidup
FairPrice akan tingkat usaha bantu tangani kenaikan kos sara hidup
FairPrice akan tingkat usaha bantu tangani kenaikan kos sara hidup
KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menerusi perusahaan sosial FairPrice sedang melihat cara untuk meningkatkan lagi usaha membantu pekerja mengatasi kenaikan kos sara hidup.
Namun, cara terbaik untuk membantu pekerja mengatasi kos sara hidup yang meningkat adalah untuk memastikan pekerja terus meraih pekerjaan dengan gaji yang baik, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, semalam.
"Pada 2022, mengambil kira tekanan kos sara hidup, FairPrice Group sedang melihat kemungkinan dan langkah untuk mengatasi kenaikan kos perniagaan yang menjejas masyarakat.
"FairPrice Group akan mengumumkan langkah ini apabila tiba masanya," kata Encik Ng tanpa memberi maklumat lanjut.
Sebelum ini, NTUC FairPrice telah mengumumkan lanjutan skim diskaun bagi warga emas dan keluarga berpendapatan rendah hingga hujung 2022.
Secara keseluruhannya, skim itu akan membantu golongan itu menjimatkan lebih $65 juta sejak dimulakan pada 2015.
Baru-baru ini, FairPrice juga telah mengikrar sejumlah $1.2 juta untuk menyediakan baucar kepada keluarga memerlukan di bawah program Meals with Love bersama Palang Merah Singapura.
Dalam wawancara bersama media semalam, Encik Ng akur kos sara hidup yang meningkat merupakan satu keprihatinan utama golongan pekerja, dengan inflasi yang meningkat sejak kebelakangan ini.
"Hakikatnya, cara terbaik untuk mengatasi inflasi dan kos sara hidup masih merupakan pekerjaan yang baik," kata Encik Ng.
Ini termasuk meningkatkan produktiviti dan memastikan pekerja dapat mengatasi kenaikan kos.
Oleh itu, pelbagai inisiatif NTUC bertujuan membantu syarikat dan meningkatkan kemahiran pekerja agar mereka boleh meraih gaji dan pekerjaan yang baik, serta memastikan mereka terus mempunyai prospek yang cerah pada masa depan.
"Pada 2022, mengambil kira tekanan kos sara hidup, FairPrice Group sedang melihat kemungkinan dan langkah untuk mengatasi kenaikan kos perniagaan yang menjejas masyarakat.
FairPrice Group akan mengumumkan langkah ini apabila tiba masanya." - Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.
