Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice, CDC South East teruskan acara galak hidup aktif, bantu golongan susah

Nov 4, 2022 | 5:30 AM
BERJALAN DEMI KEBAIKAN: (Dari kiri) Pengerusi FairPrice Group, Encik Vipul Chawla; Encik Fahmi Aliman; dan Pengerusi Yayasan FairPrice, Encik Seah Kian Peng, semasa pelancaran FairPrice Walk for Rice +@ South East semalam. - Foto CDC SOUTH EAST
BERJALAN DEMI KEBAIKAN: (Dari kiri) Pengerusi FairPrice Group, Encik Vipul Chawla; Encik Fahmi Aliman; dan Pengerusi Yayasan FairPrice, Encik Seah Kian Peng, semasa pelancaran FairPrice Walk for Rice +@ South East semalam. - Foto CDC SOUTH EAST -

SELEPAS dua tahun, FairPrice Walk for Rice+@ South East kembali secara fizikal di Hab Sukan dengan kehadiran kira-kira 500 peserta. Projek itu bertujuan mempromosikan gaya hidup aktif dengan tujuan membantu golongan memerlukan.

"Bagi setiap 300 meter yang peserta jalan atau lari, Yayasan FairPrice akan menderma satu mangkuk beras perang, satu mangkuk beras dan satu mangkuk oat.

"Kami menyasarkan mengagih hingga 500,000 mangkuk beras putih dan perang serta 50,000 mangkuk oat segera kepada 7,000 keluarga memerlukan yang tinggal di daerah South East," kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman.

Tahun lepas, lebih 30,000 peserta mengambil bahagian dalam berjalan kaki maya dan menyumbang hampir 600,000 kilometer, walaupun ditengah-tengah pandemik Covid-19.

Inisiatif jangka panjang ini ingin melengkapkan rancangan pembaharuan penjagaan kesihatan baru Singapura, HealthierSG, yang bertujuan menggalak rakyat Singapura menjaga kesihatan sendiri dan memberi tumpuan pada langkah penjagaan pencegahan seperti mengamalkan gaya hidup aktif.

FairPrice Walk for Rice +@ South East berjalan dari semalam hingga 31 Januari tahun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg