PELANGGAN Melayu/Islam pastinya teruja dengan pilihan produk halal yang meluas di pasar raya FairPrice Finest di Causeway Point yang baru dibuka pada Rabu (1 Jun).

Ia dibuka sebagai destinasi sehenti bagi memenuhi keperluan barangan runcit pelanggan.

Dalam satu kenyataannya, FairPrice menjelaskan pelanggan boleh menjangkakan pelbagai jenis produk termasuk pilihan snek sihat seperti bijirin organik, campuran kacang,buah-buahan yang dijemur mentari serta rempah ratus Jeya Spices.

Terdapat pengenalan mesin parut kelapa pertama ciptaan Singapura di samping beberapa tawaran eksklusif FairPrice Finest.

Mulai 1 Jun, sajian durian premium juga dijual. FairPrice Finest telah dibuka pada 2007 bagi membawa produk lebih baik kepada pelanggan pada harga setanding dengan barangannya.

Memandangkan ruangan halalnya adalah terbesar (berbanding cawangan lain) dengan pilihan meluas, mudah mencari bahan-bahan untuk menyediakan masakan Melayu.

Selain menyediakan rempah ratus yang baru dikisar, pelanggan juga boleh mendapatkan santan yang baru diperah serta kelapa yang diparut di kaunter Jeya Spices.

Di FairPrice Finest di Causeway Point juga, pelanggan boleh meninjau bagaimana Jeya dan pasukannya menyediakan rempah ratusnya.

Selain daripada itu, pelbagai pilihan kudapan juga boleh dibeli di kaunter khusus seperti

Biskut Pocky Zeitaku dalam perisa susu coklat dan susu badam atau Smoky Pretz' Smoke Cheese atau 'bacon' serta kerepek kentang Crusty berperisa tempatan seperti Makanan Laut BBQ atau Nasi Ayam.

Bagi penggemar daging, di bahagian Delicato pula, anda boleh mendapatkan potongan daging premium seperti daging angus dan wagyu.

Ada juga buah-buahan dan sayur-sayuran musiman dan keju gourmet.

Kuntuman bunga segar dari Cameron Highlands juga boleh diperolehi di FairPrice Finest.