Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice lancar projek 'Share-A-Textbook' ke-40, lebih 725,000 buku teks dikumpul

Dec 12, 2022 | 5:30 AM
BERBAKTI SAMBIL SELAMATKAN ALAM SEKITAR: Encik Masagos Zulkifli (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FairPrice Group, Encik Vipul Chawla (kiri), bercakap dengan salah seorang ibu daripada 25,000 pelajar benefisiari yang diberi keutamaan untuk mengumpul buku teks mereka. - Foto FAIRPRICE GROUP
BERBAKTI SAMBIL SELAMATKAN ALAM SEKITAR: Encik Masagos Zulkifli (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FairPrice Group, Encik Vipul Chawla (kiri), bercakap dengan salah seorang ibu daripada 25,000 pelajar benefisiari yang diberi keutamaan untuk mengumpul buku teks mereka. - Foto FAIRPRICE GROUP -

PROJEK 'Share-A-Textbook' tahun ini meraikan tahun yang ke-40, dengan lebih 725,000 buku teks dikumpulkan di semua kedai FairPrice di seluruh negara.

Seramai 25,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mengambil buku teks mereka di Arena @ Our Tampines Hub pada kelmarin, menjelang pembukaan tahun baru sekolah bulan depan.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FairPrice Group, Encik Vipul Chawla, hadir sebagai tetamu kehormat di pelancaran pengedaran projek 'Share-A-Textbook'.

"Melalui usaha kolektif ini, kita lebih mampu menyokong keluarga berpendapatan rendah dan menyumbang ke arah persekitaran yang mampan dan memupuk semangat perkongsian dalam masyarakat kita."

Bilangan buku teks yang dikumpul itu bersamaan dengan kira-kira 8,700 pokok yang diselamatkan.

Sepanjang 40 tahun projek 'Share-A-Textbook' diadakan, edisi tahun ini menarik bilangan sukarelawan tertinggi dengan 2,700 sukarelawan.

Projek 'Share-A-Textbook' dibuka untuk orang awam semalam dan hari ini di Arena @ Our Tampines Hub dari 9 pagi hingga 7 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg