Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice sambung cuci kereta amal

Nov 13, 2022 | 8:27 AM
CUCI DEMI AMAL: Encik Vipul Chawla (empat dari kanan) bersama pasukan dari FairPrice, Cheers, ExxonMobil dan Persatuan Bantuan Kanak-kanak serta relawan membantu mencuci kereta. - Foto FAIRPRICE
CUCI DEMI AMAL: Encik Vipul Chawla (empat dari kanan) bersama pasukan dari FairPrice, Cheers, ExxonMobil dan Persatuan Bantuan Kanak-kanak serta relawan membantu mencuci kereta. - Foto FAIRPRICE -

SELEPAS dua tahun tiada akibat pandemik Covid-19, NTUC FairPrice bersama cabang kedai serbanekanya Cheers, ExxonMobil dan syarikat perkhidmatan mencuci kereta Auto Base berganding bahu semalam bagi acara cuci kereta amal tahunan mereka.

Semua dana yang dikumpul daripada acara di kedai minyak Esso dekat 225 Ang Mo Kio Avenue 8 itu akan disalurkan kepada Persatuan Bantuan Kanak-kanak. Dana itu bertujuan menyediakan rangkaian holistik bagi penjagaan di rumah, kaunseling dan terapi khusus lain bagi menyokong golongan rentan dalam masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Vipul Chawla, yang menyertai aktiviti mencuci kereta amal itu, berkata: "Menyumbang kembali kepada masyarakat sentiasa menjadi sabahagian DNA FairPrice dan kami teruja dapat memainkan peranan bagi Persatuan Bantuan Kanak-Kanak.

"Aktiviti relawan seperti ini membolehkan kami memupuk budaya kerjasama dan memberi yang lebih kukuh dalam syarikat dan dengan masyarakat lebih luas."

Acara semalam edisi kelapan acara cuci kereta amal itu. Sejak 2012, inisiatif tersebut telah mencatat lebih 27,000 jam sumbangan relawan kakitangan FairPrice dan menyalurkan lebih $71,000 kepada benefisiarinya. - ▶ ZULAIQAH ABDUL RAHIM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg