Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice sediakan 3 tan udang hidup jelang Hari Raya; jual pada separuh harga pasaran

Apr 18, 2023 | 9:05 PM
FairPrice menyediakan sekitar 3 tan udang hidup menjelang Hari Raya Aidilfitri untuk memenuhi permintaan meningkat.
FairPrice menyediakan sekitar 3 tan udang hidup menjelang Hari Raya Aidilfitri untuk memenuhi permintaan meningkat. - - Foto SHAFIQ APANDI

PERMINTAAN untuk udang menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023 dijangka melebihi permintaan 2022, kata FairPrice Group (FPG).

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, syarikat itu akan menyediakan sekitar tiga tan udang hidup di beberapa cawangan terpilih tahun ini.

Udang harimau itu akan dijual pada harga $19.90 sekilo, iaitu sekitar separuh daripada harga pasaran udang hidup sekarang, iaitu $39.90 sekilo, berdasarkan penilaian harga pasaran FPG.

Udang itu dijual di beberapa cawangan terpilih FairPrice - Bedok, Woodlands dan Khatib - dari 19 hingga 21 April.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Ketua Pegawai Pemerolehan FairPrice, Encik Tng Ah Yiam, berkata pada 2022, walaupun dengan langkah pengurusan yang selamat, jualan udang sejuk dan beku meningkat hampir 20 peratus pada bulan menjelang Hari Raya Puasa.

Dengan tiada sekatan pada 2023, permintaan itu dijangka melebihi 2022.

Pada Januari 2023 semasa tempoh Tahun Baru Cina, lebih tiga tan udang 'hidup' habis dijual dalam masa tiga hari di cawangan terpilih.

Sepanjang 2022, harga udang - termasuk udang beku, dinyahsejuk-beku dan udang disejukkan - telah meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus.

Ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kos makanan udang yang lebih tinggi, logistik, tenaga kerja dan inflasi, kata FairPrice Group.

Seawal 5.30 pagi pada Selasa, Berita Harian (BH) telah bertolak ke Malaysia untuk mengunjungi ladang udang A&O Aquaculture Trading Sdn. Bhd. di Desaru.

Setiba di sana pada 9 pagi, rombongan media dibawa untuk melihat proses ternakan dan penuaian udang di ladang tersebut.

Laporan lanjut di Berita Harian pada Rabu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg