SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

FairPrice tawar potongan harga bantu pelanggan tangani kos meningkat

FairPrice tawar potongan harga bantu pelanggan tangani kos meningkat

Oct 14, 2022 | 5:30 AM

FairPrice tawar potongan harga bantu pelanggan tangani kos meningkat

f277d8be-c00f-443e-b7ed-c47596618881
-

POTONGAN harga diberi pasar raya FairPrice setiap minggu bagi barangan runcit popular seperti buah-buahan segar dan detergen pakaian bermula Khamis.

Harga 50 barangan penting daripada sejumlah 500 produk juga akan dibekukan setiap bulan dalam satu inisiatif baru untuk membantu pelanggan menangani kos kehidupan yang meningkat.

Dikenali sebagai 'Greater Value Every Day' (Nilai Lebih Besar Setiap Hari), inisiatif ini menggambarkan komitmen FairPrice dalam usaha berterusannya membantu menangani keprihatinan terhadap kos yang meningkat.

Ini dikendalikan sedang ia berdepan dengan cabaran harga barangan global yang bertambah serta gangguan rangkaian bekalan, kata FairPrice dalam kenyataannya.

Inisiatif ini memaparkan empat skim termasuk pembekuan harga yang akan diumumkan setiap Khamis terakhir setiap bulan.

Skim kedua pula menawarkan diskaun hingga 50 peratus harga barangan yang diperbaharui setiap minggu dan diumumkan setiap Khamis menerusi iklan FairPrice di akhbar dan media sosial.

Inisiatif ini, tambah FairPrice, juga melibatkan skim diskaun yang sedia ada bagi generasi Perintis dan Merdeka, serta pemilik kad biru Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat, seperti diskaun 5 peratus dari Isnin hingga Jumaat, selain rebat anggota FairPrice dan Linkpoints.

Anggota kesatuan NTUC dan Link dari masa ke masa juga akan menikmati potongan harga 50 peratus bagi barangan tertentu yang dipilih khas.

Skim keempat pula melibatkan sekumpulan produk eksklusif FairPrice serta yang menawarkan nilai yang baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, berkata:

"Kami memahami keprihatinan pelanggan yang bertambah dalam mengurus kos kehidupan yang meningkat dalam iklim ekonomi masa kini yang tidak menentu.

"Bagi memastikan kepada masyarakat komitmen kami dalam menyederhanakan kos, kami telah mengusahakan program menyeluruh bagi memperkasa pelanggan agar lebih berjimat dalam barangan runcit dan keperluan seharian."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg