Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faisal: Naikkan gaji jururawat, pekerja kesihatan

Feb 25, 2021 | 5:30 AM
Encik Faisal Manap. - Foto MCI
Encik Faisal Manap. - Foto MCI -

NAIKKAN gaji jururawat dan pekerja sektor kesihatan ke tahap yang setaraf gaji rakan sejawatan mereka di rantau Asia Pasifik, kata Encik Faisal Manap (GRC Aljunied).

Ini termasuk negara dan tempat seperti Korea Selatan, Jepun, Hong Kong dan Australia.

"Ini adalah kerana mutu dan taraf sistem kesihatan dan kepakaran bidang kesihatan kita juga setaraf dengan negara-negara ini. Tahap pembangunan ekonomi Singapura juga serupa dengan negara-negara tersebut.

"Maka demikian ganjaran yang diberikan kepada pekerja sektor kesihatan kami patutnya setaraf dengan rakan sejawat mereka di negara-negara ini," ujar Encik Faisal di Parlimen, semalam.

Beliau mengalu-alukan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawannya sebelum ini bahawa gaji jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan lain akan dinaikkan.

Ini termasuk bagi pekerja di institusi penjagaan kesihatan awam, hospital yang dibiayai awam dan penyedia perkhidmatan rawatan jangka panjang.

Butiran lanjut akan diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) akan datang.

Dalam pada itu, Encik Faisal turut mengulangi seruannya untuk membenarkan pemakaian tudung sebagai sebahagian daripada pakaian seragam jururawat.

Ini boleh menggalakkan lebih ramai Muslimah di sini untuk bekerja sebagai jururawat, sekali gus menambah bilangan jururawat setempat, katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg