Premium
Faishal: Guru bahasa Melayu perlu jiwa keusahawanan
Luah harapan tenaga pendidik dapat bentuk komuniti optimis lagi berdaya cipta demi menyubur bahasa
Mar 16, 2016 | 5:30 AM
GERAI ILMU: Murid Sekolah Rendah Park View (dari kiri) Elina Norhisham, Siti Zahra Fahrudin dan Muhammad Izz Matiin Yakob menunjukkan bahan pembelajaran kepada Dr Muhammad Faishal Ibrahim (jaket hitam) yang ditemani Pengarah MLCS, Encik Mohd Noh Daipi (kanan) dalam 'Seminar Bahasa Melayu 2016', semalam. - Foto TUKIMAN WARJI -
GURU Bahasa Melayu pun boleh menggarap ciri-ciri keusahawanan.
Demikian seruan Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim ketika merasmikan 'Seminar Bahasa Melayu 2016', bertemakan 'Menjana Inovasi, Memarak Inspirasi' di Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), pagi semalam.

