Faishal: Hampir 1,200 orang kurang upaya manfaatkan Dana Teknologi Bantuan
Premium
Faishal: Hampir 1,200 orang kurang upaya manfaatkan Dana Teknologi Bantuan
Nov 9, 2016 | 5:30 AM

Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan). -
HAMPIR 1,200 orang kurang upaya memanfaatkan Dana Teknologi Bantuan (ATF) sejak ia dipertingkat tahun lalu, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen semalam.
Ini peningkatan tujuh kali ganda berbanding hanya 15 benefisiari sebulan pada 2014 sebelum ia dipertingkat - kepada sekitar 110 benefisiari sebulan selepas ia dipertingkat.

