Premium
Faishal: Penting jaga keselamatan di laluan bersama
Jan 29, 2019 | 5:30 AM
PERATURAN BARU: Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kiri) memuji usaha seorang pengguna e-skuter yang telahpun mendaftar e-skuternya. Nombor pendaftaran e-skuter itu berwarna kuning dan dilekatkan di tempat yang mudah dilihat dengan jelas. - Foto BH oleh DAVID CHANG -
PENTING mewujudkan suasana harmoni dan selamat terutama bagi laluan yang dikongsi pelbagai pengguna, lebih-lebih lagi kian ramai penduduk menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) dan basikal.
Justeru, pengguna PMD yang tidak menghiraukan keselamatan dan tidak bertimbang rasa serta kejadian kebakaran berkaitan PMD, merupakan keprihatinan utama yang perlu ditangani demi keselamatan semua penduduk.

