Faishal rasmi laluan NorthPoint City Link, agih limau sempena Tahun Baru Cina
Premium
Faishal rasmi laluan NorthPoint City Link, agih limau sempena Tahun Baru Cina
Jan 26, 2018 | 5:30 AM

AGIH LIMAU: Dr Faishal (berbaju merah) bersama-sama pegawai dan sukarelawan dari Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Nee Soon Central mengagihkan hamper mengandungi limau kepada orang ramai yang berada di NorthPoint City menjelang Tahun Baru Cina semalam. - Foto BH oleh M.O SALLEH -
DALAM memeriahkan lagi suasana menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah mengagihkan limau kepada para penduduk dan pegerai di NorthPoint City semalam.
Dr Faishal yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, telah ke kawasan pusat membeli-belah yang baru itu dengan diiringi beberapa anggota dan sukarelawan dari Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Nee Soon Central dalam acara tahunan itu.

