Topik diikuti
Pergi ke BHkuFaishal saran guna teknologi bagi pertingkat penggunaan bahasa Melayu
Faishal saran guna teknologi bagi pertingkat penggunaan bahasa Melayu
Berharap lebih ramai anggota masyarakat dapat teroka cara manfaatkan ICT
Faishal saran guna teknologi bagi pertingkat penggunaan bahasa Melayu
BERMAIN SAMBIL BELAJAR: Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (duduk, kiri) cuba menjawab soalan bahasa yang ditanya melalui portal permainan bahasa Melayu, Misi Mimi, yang dilancarkan dalam 'Fiesta Bahasa 2016' semalam. Fiesta itu berlangsung di The Plaza, bangunan Perpustakaan Negara. - Foto TAUFIK A. KADER -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 14, 2016 | 5:30 AM
PENGGUNAAN teknologi infokom (ICT) bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat perlu difikirkan sedang penggunaan kaedah itu dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah terus diluaskan.
Menyatakan demikian dalam 'Fiesta Bahasa 2016' semalam, Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berharap lebih ramai anggota masyarakat dapat meneroka cara memanfaatkan ICT dalam usaha meningkatkan penggunaan dan penghayatan bahasa Melayu.