Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fandi lancar biografi

Buku mengenai kisah hidup jangkaui bola sepak dilancar sempena ulang tahun ke-60
May 30, 2022 | 5:54 AM
077f2340-bc1b-4b0a-81a7-992ec4a307f6
-

LEGENDA sukan negara, Fandi Ahmad, melancarkan biografi yang membukukan perjalanan hidup beliau, menjangkaui kejayaannya dalam bola sepak.

Majlis pelancaran di ITE Ang Mo Kio semalam itu lebih istimewa kerana ia diadakan sempena ulang tahun beliau yang ke-60, dan dikelilingi keluarga tersayang - isterinya, Wendy Jacobs, dan anak-anaknya (gambar kiri, dari kanan) Iman Fandi, Ilhan Fandi dan Iryan Fandi.

Beliau dan Wendy mempunyai dua lagi anak, Irfan dan Ikhsan, yang sedang menjalani latihan pusat dengan pasukan bola sepak negara.

Ditulis oleh Pengarah Kreatif WriteHaus Asia, Cik Durga Poonambalam, biografi bertajuk, Fandi: Honour & Sacrifice, itu boleh didapatkan di kedai buku utama, seperti Popular, Kinokuniya, Times dan Amazon Books atau menerusi laman fandibook.com.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg