Farid Khan mahu kerja lebih keras dekati orang ramai untuk saingi Halimah
Premium
Farid Khan mahu kerja lebih keras dekati orang ramai untuk saingi Halimah
Aug 11, 2017 | 5:30 AM
ENCIK FARID KHAN KAIM KHAN: Sudah menjangkakan dan menyambut kehadiran individu lain bertanding sebagai calon. -
PENGERUSI Bourbon Offshore Asia Pacific, Encik Farid Khan Kaim Khan, yang melahirkan hasrat ingin bertanding dalam Pilihan Raya Presiden bulan depan, berkata beliau akan bekerja lebih keras untuk mendekati lebih ramai orang untuk bersaing dengan mantan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob.
Encik Farid, 62 tahun, mengumumkan ingin bertanding sebagai calon Presiden buat kali pertama pada awal bulan lalu.

