SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Fatwa Muis: Dana amanah adalah hibah

Fatwa Muis: Dana amanah adalah hibah

Feb 2, 2019 | 5:30 AM

Fatwa Muis: Dana amanah adalah hibah

 Timbalan Pengarah, Dasar dan Peraturan Keagamaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy.
Timbalan Pengarah, Dasar dan Peraturan Keagamaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy. -

HARTA atau wang yang diketepikan dalam dana amanah untuk anggota keluarga yang berkeperluan khas berbentuk hibah (hadiah) dan tidak tertakluk dalam hukum faraid.

Demikian ditekankan Timbalan Pengarah, Dasar dan Peraturan Keagamaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy semasa ditemui di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Skim Dana Amanah Keperluan Khas Muis dalam menjelaskan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa pada 2015.

Menerusi skim tersebut, Muis akan menaja sehingga $10,000 bagi setiap individu berkeperluan khas untuk menggalak ibu bapa atau penjaga individu bekeperluan khas membuka akaun dana amanah.

"Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa harta yang diketepikan untuk keperluan anggota yang mempunyai keperluan khas adalah hibah, yang tidak lagi tertakluk pada faraid tapi hanya untuk keperluan khusus anggota keluarga yang berkeperluan khas itu," katanya.

Hibah adalah pemberian hak seperti harta secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan baik.

Untuk itu keluarga beragama Islam dibolehkan membuka akaun dana amanah, contohnya melalui khidmat yang ditawarkan Syarikat Amanah Keperluan Khas (SNTC) yang bertujuan menyediakan sokongan kewangan berterusan kepada anggota keluarga berkeperluan khas.

"Untuk itu, keluarga lain yang berkepentingan tidak boleh menuntut daripada harta yang sudah diketepikan untuk anggota berkeperluan khas ini," tambah Ustaz Irwan.

Beliau berkata adalah penting untuk keluarga yang ingin membuat perancangan anggota keluarga berkeperluan khas untuk menyertai Skim Dana Amanah Keperluan Khas kerana ia merupakan skim yang disediakan oleh pemerintah dengan sokongan badan seperti Muis dalam memastikan perancangan yang rapi dan teratur.

Muis turut bekerjasama dengan badan relevan untuk meningkatkan kesedaran tentang perkara tersebut, tambah Ustaz Irwan.

"Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa harta yang diketepikan untuk keperluan anggota yang mempunyai keperluan khas adalah hibah (hadiah), yang tidak lagi tertakluk pada faraid tapi hanya untuk keperluan khusus anggota keluarga yang berkeperluan khas itu... Untuk itu, keluarga lain yang berkepentingan tidak boleh menuntut daripada harta yang sudah diketepikan untuk anggota berkeperluan khas ini. - Timbalan Pengarah, Dasar dan Peraturan Keagamaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg